Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 4:25 petang itu melibatkan 9 buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Perak: (Batang Padang dan Muallim)
Pahang: (Lipis, Raub, Bentong dan Rompin)
Selangor: (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)
W.P Kuala Lumpur
Negeri Sembilan: (Jelebu)
Johor: (Mersing dan Kota Tinggi)
Sarawak: Kuching (Kuching), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid dan Beluran)
Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir sehingga malam ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia