Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak hari ini.
Melalui imej yang dimuatnaik di laman Twitter rasmi mereka, antara kawasan yang terjejas adalah seluruh Perlis, Negeri Sembilan, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebahagian besar di kawasan negeri-negeri lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan pastikan keadaan tayar anda berada dalam keadaan yang baik. Turut diingatkan kepada penunggang motosikal agar merancang perjalanan anda dan elakkan untu menunggang pada musim hujan lebat bagi mengelakkan kejadian tidak diingin berlaku.

Sumber: MetMalaysia