Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka berlaku hingga jam 8 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada 4.30 petang itu melibatkan beberapa kawasan di 11 buah negeri di Malaysia.
Kedah (Padang Terap dan Sik)
Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
Pahang (Bentong)
Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang)
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin)
Melaka
Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)
Sarawak: Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau)
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat
Orang ramai yang berada di kawasan yang dijangka terjejas dinasihatkan untuk lebih berhati-hati.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia