Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan berlaku di kawasan di beberapa negeri sehingga jam 11.00 malam ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Twitter, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).
Turut terlibat adalah Kelantan. Terengganu. Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, dan Kuantan).
Susulan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan menjauhi kawasan yang berisiko.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia