Gambar sekadar hiasan

Awas, Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Tiga Negeri Sehingga Esok

Edayu

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada di beberapa negeri di Malaysia sehingga esok.

MetMalaysia memaklumkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melibatkan seluruh Kelantan, Terengganu, dan Pahang di kawasan Jerantut, Kuantan dan Pekan.

Selain itu, Pahang di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh, Maran dan Rompin pula akan mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk.

Manakala, amaran bujan berterusan tahap waspada dijangka melibatkan seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Negeri Sembilan.

Kawasan Bentong dan Bera di Pahang serta Segamat dan Mersing di Johor turut dijangka mengalami amaran hujan berterusan tahap wasapada ini.

Penduduk di negeri dan kawasan yang dijangka terlibat dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: MetMalaysia