Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan hingga jam 8 malam ini terhadap beberapa buah negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
Menerusi kemaskini MetMalaysia setakat jam 4.50 petang tadi, kawasan-kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kampar, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) dan Melaka.
Manakala di Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang. Selain itu di Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Oleh itu, semua penduduk atau pengguna jalan raya yang melalui kawasan terlibat diminta untuk berhati-hati dan sentiasa berwaspada serta peka dengan maklumat cuaca terkini.

Sumber: MetMalaysia