Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2.50 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Kedah: (Bandar Baharu)
Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Muallim)
Terengganu: (Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Rompin)
Negeri Sembilan: (Kuala Pilah dan Jempol)
Johor: (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Sarawak: Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu)
Orang ramai yang mempunyai urusan di luar pada tengah hari ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: MetMalaysia