
14 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meterologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 14 buah negeri sehingga 7.00 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan pada 3.40 petang itu dijangka akan membabitkan Perlis, Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Sabah dan Sarawak.
Di Kedah amaran dikeluarkan di daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Pulau Pinang ia membabitkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Selain itu, di Perak amaran hujan lebat melanda di daerah Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Seterusnya, Kelantan melibatkan daerah Kota Bahru, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.
Di Pahang, turut melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Hujan lebat turut melanda Selangor iaitu daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Sementara itu, di Johor ia melibatkan daerah Tangkak, Muar, Segamat dan Batu Pahat. Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak di daerah Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan) dan Limbang.
Manakala bagi Sabah, turut melibatkan daerah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Telupid) dan Beluran.
Sumber: Jabatan Metereologi via Twitter