Gambar: Fakta Banten

Awas, 11 Buah Negeri Dijangka Dibadai Ribut Petir Sehingga Petang Ini

Aqmal Ezany

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3.15 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang: (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)

Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

Kelantan: (Jeli dan Kuala Krai)

Terengganu: (Besut dan Hulu Terengganu)

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong)

Selangor: (Hulu Selangor)

Johor: (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)

Sarawak: Kapit (Belaga) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)

Justeru daripada itu, orang ramai yang berada di luar pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.

Sumber: MetMalaysia