Kredit: BBC

‘Atuk’ British Lulus Ujian Matematik GSCE Gred Lima Pada Usia 92 Tahun

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Seorang lelaki bergelar ‘atuk’ di Britain berusia 92 tahun telah berjaya berjaya lulus dalam ujian GSCE bagi kertas Matematik dengan mencapai gred lima.

Menurut BBC, lelaki bernama Derek Skipper yang merupakan calon tertua di UK mengambil peperiksaan itu selepas mengulang kaji subjek tersebut melalui Zoom.

Kelihatan agak janggal untuk melihat warga emas yang sanggup menduduki peperiksaan tersebut tetapi, sudah tentu lelaki asal Orwell, Cambridgeshire ini memiliki sebabnya tersendiri.

Difahamkan bahawa dia telah menduduki peperiksaan yang serupa dengan General Certificate of Secondary Education (GSCE), bagi kertas Matemarik pada tahun 1946.

Ketika itu, dia hanya dibenarkan untuk menggunakan pembaris boleh laras. Kini, Skipper dibenarkan untuk membawa masuk kalkulator seiring dengan silibus Matematik pada masa sekarang.

Kredit: BBC

Setelah mendapat keputusan peperiksaan tersebut, dia berasa sangat teruja kerana lulus dengan cemerlang. Encik Skipper juga berkata, “Jika saya mendapat gred lima, saya merasa ia sedikit kelakar. Akan tetapi, jika gred empat, saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka,’

“Keluarga saya fikir saya sudah gila kerana ingin mencubanya tetapi mereka juga sangat menyokong dan membantu saya,”

Selain itu, The Cam Academy Trust, pihak yang mengendalikan proses peperiksaannya di Comberton Village College mengatakan bahawa Encik Skipper merupakan “orang tertua yang menduduki GCSE”.

Lelaki British itu menzahirkan rasa puas hatinya kepada pihak BBC Breakfast pada hari keputusannya diumumkan.

Ketika mengambil ujian Matematiknya pada 1946 lalu, dia menjelaskan pengalamannya yang disifatkan “hanya mengikuti aliran semasa… dan tidak begitu memahaminya”.

Bagaimana Lelaki British Ini Menduduki Peperiksaan Pada Masa Ini

Namun, teknologi pada masa kini telah membantu Encik Skipper untuk ‘menebus kembali’ peluang yang pernah dilepaskannya. Dia menggunakan platform Zoom untuk mempelajari Matematik semula dan meduduki ujian itu semula. Baginya, itu merupakan satu peluang yang sempurna dalam dirinya.

“Matematik adalah perkara yang menarik dan kita sangat mudah untuk mengatakan bahawa kita tidak mahir dalam subjek itu… Segala peluang untuk mempelajari dan menghargainya adalah sangat menyeronokkan,”

Di samping itu, Mr Skipper juga menggunakan kanta pembesarnya untuk membantunya membaca soalan. Dia berkata “Saya tidak akan terkejut jika saya gagal disebabkan tidak dapat melihat soalan dengan baik, tetapi kaca pembesar ini berfungsi dengan baik,”

Perkara yang lebih mengagumkan, Encik Skipper tidak merasa tertekan sewaktu menduduki peperiksaan tersebut. Dia tidak kisah mengenai apa-apa pun keputusan yang bakal diumumkan kerana niatnya asalnya adalah untuk mencari sedikit keseronokan dalam dirinya.

Kredit: BBC

Menurut sumber lain, pada waktu kecil, dia hanya terlepas satu hari di sekolah semasa Perang Dunia Kedua disebabkan satu letupan di depan pintu rumahnya dan menyebabkan roda basikalnya pancit.

Natijahnya, usia tidak menghalang seseorang daripada mempelajari sesuatu ilmu. Walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi, rasa cintakan ilmu itu mengatasi segala-galanya. Kisah ini dapat menyedarkan kita bahawa proses pembelajaran tidak akan terhenti setakat pada zaman persekolahan kerana menuntut ilmu adalah komitmen sepanjang hayat.

Krediy: BBC