Atlet Ju-Jitsu Negara ‘Pitam’ Sekejap, Tewas TKO Dengan Atlet Thailand
Seorang wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkongsi detik-detik cemas menimpa atlet Ju-jitsu negara, Cassandra J Poyong ketika turun beraksi dalam acaranya di Sukan Asia.
Menurut hantaran di platform X, Cassandra dilapor ‘pitam’ sekejap ketika ditewaskan secara TKO oleh lawannya dari Thailand.
Menerusi video yang dimuat naik bersama hantaran tersebut, Cassandra dilihat terbaring di tengah-tengah gelanggang sambil bernafas tercungap-cungap. Pengadil kemudian dilihat memerika keadaan atlet negara tersebut.
Atlet Ju-Jitsu negara ‘Pitam’ sekejap, selepas tewas TKO dengan wakil Thailand
Berdasarkan semakan di ruangan Reply hantaran tersebut, wartawan berkenaan berkenaan memaklumkan tiada apa-apa yang serius berlaku terhadap Cassandra.
Beza KO dengan TKO
Istilah KO dan TKO sering digunakan dalam sukan yang melibatkan seni pertahankan diri seperti gusti, tinju termasuklah ju-jitsu.
Secara umumnya, KO (knock out) sering didengari dalam berita sukan apabila salah satu pihak diisytiharkan tewas dalam satu pusingan.
KO secara umumnya merujuk kepada pihak yang telah ditumbangkan dan gagal untuk bangun semula dalam masa 10 saat.
Dalam sukan tinju khusunya, pengadil akan membuat kiraan 10 saat untuk menentukan sama ada perlawanan tersebut sudahpun berakhir ataupun masih boleh diteruskan.
Ini berbeza dengan TKO yang bermaksud (technical knock out). Pengadil akan mengisytiharkan TKO apabila melihat seseorang petarung itu sudah tidak dapat bertahan atau sudah tidak berdaya ketika menerima serangan lawannya. Walaupun ketika itu, petarung tersebut sebenarnya masih belum ditewaskan.
Campur tangan pengadil diperlukan bagi melindungi seseorang petarung daripada berdepan kecederaan yang serius.
Kutipan pingat kontinjen Sukan Asia negara
Setakat ini, Malaysia telah berjaya mengutip kira-kira lima pingat emas, enam pingat perak dan 17 pingsa gangsa setakat jam 2 petang tadi.
Hari ini merupakan hari ke-13 temasya Sukan Asia Hangzhou 2023 berlangsung. Temasya berkenaan bermula pada 23 September 2023.
Semalam, Kontinjen Malaysia dilaporkan berjaya melepasi jumlah pingat yang disasarkan sebelum ini iaitu 27 biji pingat.
Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengambil usaha untuk memperkasakan lagi prestasi pemenang pingat di Sukan Asia Hangzhou.
BACA: Ramai Tertanya-tanya, Abang Ni Tunjuk Proses Macam Mana Lori Sampah Kosongkan Muatan
Sumber: zulhelmizainal1 via X