
ATLAS Vending memberi kejutan kepada peminat NFT dengan karya seni ke-14 hasil kerjasama Nymea, artis NFT tempatan. 300 pembeli NFT pertama yang berjaya mengumpul lima karya seni daripada ATLAS Vending akan diberi ganjaran karya seni edisi terhad Nymea.
Kuala Lumpur, 18 Oktober 2022 – ATLAS Vending, penyedia mesin layan diri yang terkemuka, telah dianugerah sebagai mesin layan diri NFT pertama di Malaysia oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) hari ini di REXKL. Terkenal dengan inovasi canggih seperti mesin bantuan Braille, mesin mesra kerusi roda, mesin pensampelan automatik dan mesin layan diri akhbar; ATLAS telah memenuhi komitmennya untuk menyediakan lebih dari yang biasa dengan edisi terbaru mesin layan diri NFT yang menerima sambutan yang mengagumkan dari rakyat Malaysia sejak pelancarannya pada Hari Malaysia yang lalu.
Acara tersebut yang berlangsung di REXKL di mana kesemua 13 mesin layan diri terletak, ATLAS mendekati 13 artis NFT tempatan untuk mempamerkan bakat luar biasa mereka sempena Hari Malaysia ke-59 – di mana setiap artis ditugaskan untuk mencipta karya seni unik mewakili negari asal mereka, pada masa yang sama memberi artis Malaysia platform dan pengiktirafan yang mudah diakses untuk mempamerkan karya seni mereka.
Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd menyatakan bahawa pelancaran mesin layan diri NFT berjaya mengumpulkan orang ramai semasa Hari Malaysia. Sambutan yang menggalakkan itu bukan sahaja meluaskan pengetahuan orang ramai mengenai NFT, tetapi juga memainkan peranan sebagai platform untuk meningkatkan ekonomi melalui seni dan budaya.
Melalui kejayaan mesin layan diri NFT yang pertama, ATLAS juga memperkenalkan karya seni ke-14 yang direka oleh artis tempatan, Nymea, yang juga terlibat dalam mesin layan diri NFT pertama dunia di New York.
“Saya mengetahui tentang kempen ini daripada salah seorang artis NFT, RoachPunk, apabila saya terjumpa berita ini di sosial medianya. Tidak lama kemudian, ATLAS menjemput saya untuk bekerjasama dan saya sangat teruja dengan peluang ini untuk mempromosikan negeri-negeri di Malaysia bersama rakan-rakan artis NFT di Malaysia melalui karya seni kami dan untuk mewakili kampung halaman saya sendiri iaitu Wilayah Persekutuan! Ia amat bermakna apabila artis diberi perhatian untuk hasil karya kami sendiri. ATLAS dan artis-artis yang lain telah melakukan kerja yang luar biasa untuk menjadikan impian kami kepada realiti,” kata Nymea.
Dihadkan kepada 300 unit, 300 pembeli pertama yang memperoleh lima NFT daripada mesin layan diri ATLAS akan menerima karya seni edisi terhad Nymea yang akan diberikan kepada mereka melalui aplikasi MetaMask. Mesin layan diri ini akan tersedia dari 16 September hingga 16 Disember 2022 dan setiap NFT dijual pada harga RM59 melalui pembayaran nirtunai.
Untuk maklumat lanjut mengenai ATLAS Vending, sila layari www.atlasasia.co.