Seperti yang diketahui, persekolahan masih lagi tidak dibenarkan untuk dibuka semula kecuali bagi pelajar-pelajar bakal menduduki peperiksaan awam pada 24 Jun ini.
Disebabkan itu, pelajar-pelajar yang lain masih lagi perlu menjalani pembelajaran di rumah masing-masing.
Pun begitu, ada juga pelajar yang tidak bernasib baik iaitu yang berada di kawasan pedalaman dan tidak mempunyai jaringan internet yang baik.
Melalui perkongsian seorang guru, BellFikri di laman Twitter, beliau menjadi ‘posmen’ bagi menghantar bahan belajar kepada murid-murid yang berada di sebuah kawasan pedalaman di Sarawak.
Dihubungi oleh pihak Siakap Keli, BellFikri berkata bahawa ia bukan usahanya seorang namun hasil kerjasama bersama 14 lagi guru lain yang menyediakan bahan bagi dihantar kepada 12 rumah panjang.

Usaha beliau dan guru-guru lain yang mengajar di sekolah yang terletak di Kapit, Sarawak, wajar dipuji kerana kegigihan mereka yang ingin menyampaikan ilmu kepada murid-murid di kawasan pedalaman tersebut.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kesungguhan dan berterima kasih kepada beliau.


Sumber: BellFikri