Asyik Dibayangi Bolt Di Olimpik, Akhirnya de Grasee Menang Pingat Emas Pertama Olimpik Acara 200m

Eyla Azri

Atlet pecut Kanada, Andre de Grasse, menunaikan janjinya hari ini apabila bergelar juara Olimpik Tokyo 2020 dalam acara 200 meter lelaki akhir.

Ketinggalan di belakang Usain Bolt di Olimpik Rio 2016, de Grasse terpaksa berpuas hati dengan pingat perak musim lalu. Namun kali ini, de Grasse berjaya menamatkan larian dalam masa 19.62 saat, sekaligus meraih pingat emas paling bermakna sepanjang kariernya.

Di tempat kedua, wakil Amerika Syarikat, Kenny Bednarek menamatkan larian enam saat di belakang de Grasse. Manakala pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 kali ini milik Noah Lyles dengan catatan masa 19.74 saat.

Seorang lagi pelari AS, Kenny Bednarek menamatkan larian dengan catatan masa 19.93 saat, menempatkan atlet 17 tahun ini di tempat keempat.

Perjalanan panjang de Grasse yang sebelumnya mengalami kecederaan nampak gayanya berhujung manis.

Nasib kurang menyebelahi de Grasse di olimpik Rio apabila sekadar meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter, diikuti pingat perak dalam 200 meter di belakang Bolt.

Selepas kemunculannya di Olimpik Rio, de Grasse mengalami kecederaan hamstring dan turut menghidap mononucleosis.

Pun begitu, de Grasse memulakan perlumbaan dengan sangat baik kali ini, meninggalkan Bednarek dan Lyles di 50 meter terakhir.

Sumber: AFP