Astro Malaysia mengesahkan seorang staf mereka di ibu pejabat Bukit Jalil positif COVID-19 hari ini.
Menurut Astro, pekerja tersebut merupakan sebahagian dari pasukan pengangkutan jurutera siaran luar di pejabat berkenaan. Dia disahkan positif pada 5 April lalu dan kini sedang menerima rawatan di hospital kerajaan.
Susulan itu, syarikat berkenaan bakal menutup sementara pusat penyiaran di Bukit Jalil bagi tujuan nyah jangkit. Mereka juga sedang mengesan kontak rapat staf tersebut.
Walaubagaimanapun, Astro menegaskan pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan mereka serta tiada gangguan dalam mana-mana operasi penyiaran.
“Astro komited dengan langkah-langkah keselamatan di pejabat untuk memastikan pekerja kami selamat.
“Langkah tersebut termasuk peningkatan kekerapan dan tahap pembersihan pejabat, menyediakan bahan pembasmi kuman, mengalakkan penjarakan sosial di kafe dan dalam lif, mengambil suhu pekerja ketika memasuki premis dan membatalkan rancangan siaran langsung,” lapor Awani.
Sumber: Astro Awani