Sebagai ibu bapa, mesti korang ada banyak cara yang digunakan dalam mendidik anak kecil di rumah kan? Mendidik yang tujuannya untuk mengajar si anak itu tentang kehidupan.
Ada yang memilih untuk mendidik dengan membaca, ada yang mengajar ilmu agama, ada yang mengajak anaknya sentiasa bermain di luar dan macam-macam lagi.
Namun bagi selebriti terkenal, Hanis Zalikha, dia ada cara tersendiri yang ‘unik’ dalam mendidik anaknya tentang alat permainan. Percaya atau tidak, si ibu ini mengajar anaknya konsep ‘sedekah’ melalui mainan saja.
Jom lihat apa yang dikongsikan Hanis di bawah ini.

Susun balik alat permainan yang ada. Kalau ada alat permainan yang baharu, jadi yang lama punya kena derma (sumbang) kepada orang lain.

Jelas Hanis, dia suka peraturan sebegini kerana:-
1- Kapasiti alat permainan tak berlambak dan ‘melimpah-ruah’ di bakulnya. Jadi takdalah isu ‘terlebih’ dan sukar nak dikemas. Satu mainan masuk, satu mainan keluar.
2- Anak tak sewenang-wenangnya nak minta mainan baru sebab mereka akan fikirkan ‘nasib’ mainan-mainan lain yang mereka sayang.

Biarkan mereka menderma mainan yang mereka nak derma. Sebab bagi Hanis, anak-anak ini lebih tahu mainan yang mana mereka sudah tak mahu main lagi.
Jadi mereka akan rasa pendapat mereka (tentang pilihan mainan) ini penting. Dalam masa sama, mereka akan belajar cara menghargai sesuatu barang.
Bijak kan? Korang pula macam mana?
Sumber: Hanis Zalikha melalui Twitter TJ