Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengecam serangan tanpa provokasi dan tidak wajar yang dilakukan oleh pasukan tentera Rusia dalam satu kenyataan berikutan letupan di Ukraine, lapor CNN.
Menurut Biden, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memilih perang terancang yang akan membawa kepada penderitaan manusia dan kehilangan nyawa dalam skala yang besar.
“Rusia bertanggungjawab atas kematian dan kemusnahan yang akan dibawa oleh serangan ini. AS dan rakan sekutu akan bertindak balas dengan cara yang bersatu dan tegas,” katanya.
Sejurus sebelum letupan bermula di Ukraine, Putin telah menyeru ‘demilitarisasi’ Ukraine dalam kenyataan yang mengumumkan operasi ketenteraan.
Biden berkata bahawa dia merancang untuk bercakap dengan rakyat AS pada Khamis dan akan mengumumkan ‘akibat selanjutnya’ yang memperlihatkan rancangan AS dan sekutu untuk mengenakan Rusia atas ‘tindakan pencerobohan yang tidak wajar terhadap Ukraine dan keamanan serta keselamatan global’.
“Kami juga akan berkoordinasi dengan sekutu NATO untuk memastikan tindak balas yang kukuh dan bersatu, yang dapat menghalang sebarang pencerobohan terhadap Perikatan,” kata Biden.
Sumber: CNN