
Washington, 17 Julai – Amerika Syarikat mencatatkan lebih 70,000 kes baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan rekod kes baru tertinggi sejak penularan wabak itu di negara berkenaan.
Menurut Financial Times, rekod 71,229 kes itu diikuti peningkatan kematian berkait koronavirus dengan jumlah 977 kematian dalam tempoh yang sama.
Negeri yang mencatatkan jumlah kes baru tertinggi adalah Texas dan Florida yang masing-masing mempunyai lebih 10,000 kes.
Pakar penyakit berjangkit AS, Anthony Fauci berkata, penularan tersebut berpunca daripada rakyat yang tidak mengamalkan penjarakan sosial serta kerajaan negeri yang mengabaikan garis panduan persekutuan dalam pembukaan semula ekonomi.
Florida dan Texas masing-masing mencatatkan 13,965 dan 10,291 kes baru COVID-19, antara peningkatan tertinggi kes dalam satu hari.
Sementara itu, sebanyak 14 negeri mencatatkan lebih 1,000 kes setiap hari, lapor Financial Times.
Sumber: Financial Times