
Arab Saudi Hantar Pulang 46 Jemaah Haji Indonesia, Dipercayai Masuk Guna Permit Tidak Sah
Seramai 46 jemaah haji dari Indonesia dihantar pulang oleh Arab Saudi dipercayai telah menggunakan permit dan juga dokumen perjalanan yang tidak sah. Difahamkan, mereka telah mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah.
pekaran tersebut juga mendapat perhatian dari Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, KH Maman Imanulhaq yang juga sedang berada di Arab Saudi Ketika ini.
Menurutnya, kejadian seperti ini diharap dapat dijadikan sebagai pengajaran agar tidak terulang lagi kepada masyarakat Indonesia yang akan menunaikan haji pada masa depan.
Hal tersebut kerana Arab Saudi sangat menitik beratkan kepada mereka, jemaah haji yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Beliau juga menyarankan agar Kementerian Agama memperluaskan lagi kesedaran menegnai kes penipuan dan dalam masa sama betulkan penyalahgunaan permit yang acap kali berlaku.
“Pada ketika ini, banyak masalah membabitkan jemaah haji dari Indonesia sama ada melalui laluan biasa mahupun melalui visa dari negara lain.
“Ini adalah perkara penting bagi Kementerian Agama supaya jemaah kita tidak menjadi mangsa salah faham sistem dan skim penipuan yang tidak bertanggungjawab,” katanya, lapor Tribun News.
BACA: Arab Saudi Terima 185 Jemaah Haji Di Bawah Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci
BACA JUGA: Lelaki Terapung Disangka Mayat Hanyut, Rupanya Sedang ‘Bertapa’
Sumber: Tribun News