Perintah berkurung selama 24 jam akan dilaksanakan di seluruh negara Arab Saudi pada hari raya Aidilfitri untuk membendung daripada jangkitan Covid-19. Perintah tersebut dijangka akan bermula pada 23 Mei sehingga 27 Mei ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, sebelum tempoh itu, aktiviti-aktiviti ekonomi akan kekal dibuka dan orang ramai juga boleh bergerak dengan bebas di antara jam 9 pagi dan 5 petang serta tidak termasuk Makkah kerana ia masih dalam perintah berkurung secara penuh.
Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan perintah berkurung selama 24 jam di gabenor Baish di wilayah Jazan.
Penduduk hanya dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli barangan dan ubatan keperluan di antara jam 9 pagi dan 5 petang.
Negara tersebut merekodkan jumlah kes Covid-19 harian tertinggi semalam sejak bermulanya wabak tersebut pada hampir dua bulan lalu.
Sumber: Arab News