Gambar: Apple

Apple Dijangka Umumkan Siri iPhone 13 Pada 15 September Ini, Jam 1 Pagi Waktu Malaysia

Eyla Azri

Syarikat teknologi gergasi, Apple Inc dijangka melancarkan produk baharu iPhone 13 semasa Apple Event yang bakal berlangsung 15 September ini.

Acara yang bertempat di Apple Park ini boleh ditonton secara atas talian di laman web rasmi Apple atau di aplikasi Apple TV pada jam 1 pagi waktu Malaysia.

Gambar: Apple

Memetik laporan The Verge, jika pelancaran iPhone 13 dibuat pada hari tersebut, ada kemungkinan Apple bakal mengumumkan tarikh pelancaran iOS 15 pada hari yang sama.

Naib Presiden Pemasaran Apple, Greg Joswiak turut memuatnaik montaj Apple Event di laman Twitternya semalam. Menurut The Verge, montaj tersebut dipercayai merupakan satu petunjuk kepada mod baharu iPhone 13 yang bakal dilancarkan.

Malah laman web rasmi Apple turut menggunakan backdrop serupa dalam poster hebahan Apple Event mereka.

Memetik laporan Independent, belum ada kenyataan rasmi sekiranya Apple akan melancarkan model baharu iPhone tersebut Rabu ini. Hal ini kerana, Apple telahpun menangguhkan pelancaran iPhone 13 ke bulan Oktober tahun lepas, namun model baharu itu masih belum dikeluarkan.

Apple dijangka melancarkan iPhone 13 bersama beberapa produk lain seperti Apple Watch Series 7 dan AirPods 15 September ini.

Sumber: The Verge, Independent UK, Greg Joswiak