Tiada Kategori

Aplikasi Karaoke Super App, Chop\\Sticks Debut di Comic Fiesta 2025 Dengan Promo 50%

Nur Farra

Aplikasi Karaoke Super App terbaru, Chop\\Sticks, telah membuat penampilan sulungnya di hadapan umum melalui soft launch eksklusif di Comic Fiesta 2025. Acara ini berlangsung pada Sabtu, 20 Disember 2025, dari 3.30 petang hingga 6.00 petang di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), bertempat di Booth A071–72 dan 77–78, dan terbuka kepada semua pengunjung Comic Fiesta 2025.

Chop\\Sticks memperkenalkan pelbagai ciri inovatif yang direka untuk memodenkan pengalaman karaoke tradisional. Antara fungsi utama aplikasi ini termasuk:

  • Sistem Tempahan Atas Talian – Memudahkan pengguna menempah bilik karaoke secara terus melalui aplikasi.

  • Sing PK & Skor Masa Nyata – Membolehkan pengguna bertanding secara interaktif dengan sistem pemarkahan langsung.

  • Pengurusan Lagu Peribadi – Pengguna boleh menyusun senarai lagu kegemaran dan merakam persembahan terus melalui aplikasi.

  • Interaksi Langsung – Fungsi permintaan lagu secara masa nyata untuk pengalaman karaoke yang lebih tersusun.

Screenshot
Screenshot
Screenshot

Menurut pihak pengurusan, nama Chop\\Sticks membawa maksud “Quick to Attach”, melambangkan akses pantas dan hubungan rapat antara aplikasi dan penggunanya. Ia juga mencerminkan identiti budaya Asia, tempat asal karaoke.

Untuk menambah nilai kepada pengguna, Chop\\Sticks memperkenalkan sistem ganjaran komprehensif termasuk mata ganjaran, pulangan tunai (cashback), baucar digital dan e-stamp. Pengguna juga boleh menyertai misi, cabaran, dan cabutan bertuah yang ditawarkan dalam aplikasi.

Bersempena pelancaran awal pada 20 dan 21 Disember 2025, pengunjung Comic Fiesta yang mendaftar berpeluang menikmati diskaun 50% bagi caj bilik karaoke, yang boleh ditebus sehingga 15 Januari 2026.