Aplikasi media sosial Instagram tiba-tiba mengalami masalah ‘crash’ dan ‘down’ hingga menjejaskan jutaan penggunanya di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Menurut statistik di DownDetector, kira-kira lebih 6,000 pengguna Instagram telah melaporkan masalah gangguan tersebut setakat hari ini.
Data menunjukkan sebanyak 51 peratus pengguna mendakwa tidak boleh mengakses aplikasi berkenaan, 29 peratus mengalami gangguan server serta 21 peratus tidak boleh melayari laman sesawang Instagram.
Difahamkan, antara gangguan yang dipercayai turut berlaku termasuklah tidak boleh memuat naik sebarang gambar atau video di bahagian ‘Feed’.
Dalam pada itu, tinjauan di Twitter mendapati #instagramdown menjadi trending teratas dengan mencatatkan lebih 60,000 ciapan setakat artikel ini ditulis.
Merujuk laporan Daily Mail, agensi media tersebut telah menghubungi pihak pembangun aplikasi berkenaan bagi mendapatkan penjelasan.
Bagaimanapun punca gangguan dan masalah belum dikenal pasti lagi setakat ini.

Sumber: Daily Mail