Aplikasi Facebook hari ini menghadapi masalah gambar menjadi kosong apabila pengguna cuba untuk klik. Masalah ini dilaporkan oleh rata-rata pengguna di seluruh dunia.
Berdasatkan laporan di Downdetector, sebanyak 2,162 laporan diterima pada pukul 10.06 pagi tadi. Daripada laporan jumlah laporan tersebut, 82% adalah masalah pada gambar, 9% adalah masalah untuk ‘log in’ dan 8% adalah masalah pada timeline.

Ini pula menunjukkan laporan daripada pengguna di Malaysia turut menghadapi masalah yang sama.

Contoh masalah yang pengguna Facebook menghadapi sekarang.



Bagaimanapun, sehingga setakat ini tiada lagi kenyataan rasmi daripada pihak Facebook sendiri.
Sumber: Downdetector