Permohonan pengeluaran i-Citra boleh dibuat mulai esok (12 Julai), seperti yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebentar tadi. Ahli boleh membuat pengeluaran sehingga Rm5,000 dalam tempoh lima bulan iaitu RM1,000 setiap bulan.
Untuk pengeluaran i-Citra, simpanan Akaun 2 akan digunakan terlebih dahulu, namun sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan. Walau bagaimanapun, apa pula yang akan berlaku kepada caruman bulanan ahlu selepas bayaran Pengeluaran i-Citra tamat?
Selepas tamatnya bayaran Pengeluaran i-Citra, caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 ahli sehingga mencapai jumlah yang sama dengan amaun dikeluarkan daripada akaun tersebut, kata KWSP.
Selepas jumlah mencukupi, 70 peratus caruman akan dimasukkan ke Akaun 1 dan 30 peratus ke Akaun 2 seperti biasa.
Hal ini bagi memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan dalam Akaun 1 tersebut.
Gambar: KWSP- i-CitraUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai i-Citra, anda boleh melayari portal KWSP – i-Citra.
Sumber: KWSP
BACA: MYDIN Buat ‘Gila’, Nak Beri Hadiah & Duit Raya Ribuan Ringgit Buat Anda
BACA: Cadangan KPM Murid Kelas Peperiksaan Diberi Vaksin Pfizer Dipersetujui