Jika dilihat di seluruh dunia, hampir kesemua negara sedang berusaha membendung wabak COVID-19 daripada terus menular. Kita juga harus menerima hakikat bahawa kehidupan kita akan berbeza jika hendak dibandingkan dengan keadaan sebelum wabak ini hadir.
Menerusi perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Twitter, keadaan kita tidak akan sama seperti dahulu lagi. Kita harus mengamalkan norma yang baru.
Apakah norma baru tersebut? Berdasarkan perkongsian KKM, ianya adalah Elakkan 3C dan Amalkan 3W.
Avoid 3C/Elakkan 3C
Crowded places
Confined spaces
Close conversations
Practice 3W/Amalkan 3W
Wash
Wear
Warn

Sumber: KKM