
Gelagat Keluarga Mat Saleh Ini Buat Netizen Malaysia Berdekah
Seperti yang diketahui, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai keunikan budaya, alam semula jadi, makanan dan masyarakat yang berbilang kaum.
Setiap pelancong yang berkunjung, pastinya jatuh hati dengan sisi yang terdapat pada negara ini.
Jadi, tidak hairan mengapa Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong luar untuk melihat keindahan dan keunikan di negara ini.
Lebih-lebih lagi, melancong ke negara luar dapat membuka mata dalam mempelajari tentang gaya hidup dan tradisi kebudayaan serta sejarah di destinasi yang dituju.
Begitulah perkongsian rawak seorang pelancong warga asing yang makan angin bersama ahli keluarganya di Malaysia.
Dalam perkongsian video di TikTok @youustheworld, dia bersama suami dan anak-anaknya sedang berjalan kaki untuk ke pasar raya.
Bagaimanapun, sewaktu berada di tepi longkang, mereka ternampak seekor binatang yang sedang berenang di dalam air.
“Jadi, ada sesiapa di Malaysia atau di Pulau Pinang boleh beritahu kami apa benda ini? Apa itu,
“Saya tunjukkan sekali lagi. Apa sebenarnya yang kita nampak tadi semasa berjalan ke pasar raya?” tanya dengan penuh kebingungan di dalam klip berkenaan.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat keluarga pelancong itu melihat pertama kali biawak yang berenang di dalam longkang berkenaan.
Malah ada juga yang berseloroh mengenai reptilia berkenaan di ruangan komen.
“Di Malaysia kami panggil ia biawak,” komen seorang pengguna.
“Godzilla versi Malaysia,” seloroh seorang lagi.
“Itu biawak kak,” beritahu seorang lagi.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 1 juta tontonan dengan lebih 30,000 tanda suka dan pelbagai komen dalam tempoh kurang 24 jam.
Sumber: TikTok @youusthewolrd