
Kuala Lumpur : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kelihatan beredar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang ini.
Kenderaan membawa Anwar dan Dr Wan Azizah, yang juga Timbalan Perdana Menteri, dilihat keluar dari Istana Negara, pada pukul 3.15 petang tadi.
Anwar dan Dr Wan Azizah yang tiba berasingan, berada di Istana Negara kira-kira 40 minit.
Kedua-dua mereka tiba di Istana Negara dari ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya selepas menghadiri mesyuarat khas parti berkenaan.
Sumber : Bernama