anwar syarahan Universiti Oxford
Gambar: Fb Anwar Ibrahim

Anwar Terima Pelawaan Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford 

Iqbal Yasir

Anwar Terima Pelawaan Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undangan daripada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) untuk mengadakan lawatan serta menyampaikan syarahan di Universiti Oxford pada suatu masa yang bersesuaian.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata undangan itu diterima beliau semasa menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah OCIS di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

Anwar berkata delegasi berkenaan terdiri daripada bekas Presiden Turkiye Dr Abdullah Gul, bekas Perdana Menteri Kuwait Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah, Pengarah OCIS Dr Farhan Nizami dan Felo OCIS Datuk Dr Afifi al-Akiti.

“Kami bertukar pandangan terkait perkembangan hal ehwal ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam, khususnya dalam memupuk dialog antara dunia Islam dengan Barat, di samping memperkukuh kefahaman mengenai ekonomi dan pasaran Islam,” kata Perdana Menteri.

Sumber: Bernama

BACA: Sasterawan Negara, Rejab Ismail Meninggal Dunia