Jakarta- Angka kematian akibat banjir kilat di sini meningkat kepada sekurang-kurangnya 53 orang dengan lebih 175,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Banjir kilat menyebabkan perkhidmatan keretapi terpaksa dihentikan dan bekalan elektrik terputus di banyak tempat.
Menurut Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), kejadian ini merupakan salah satu banjir buruk akibat hujan yang terlampau lebat sejak 1866.
Agensi tersebut berkata, perubahan iklim meningkatkan risiko cuaca buruk dan mengeluarkan amaran hujan lebat sehingga pertengahan Februari.
Bandar Jakarta merupakan bandar yang paling cepat mendap di dunia, menjadikannya sering ditimpa banjir.
Fenomena ini menjadi salah satu sebab perpindahan ibu negaranya ke Kalimantan dalam masa beberapa tahun akan datang.
Menurut pakar, bandar yang menempatkan jutaan penduduk itu mungkin tenggelam sepenuhnya pada 2050.
Sumber: News.Sky.com, BBC