
Bintang UFC Conor McGregor mengongsikan berita sedih berkenaan kematian anjing peliharaannya, Hugo.
McGregor berkongsi berita sedih ini kepada 42.7 juta pengikutnya di Instagram yang disertakan bersama beberapa keping gambar Hugo bersama keluarganya.
McGregor menyatakan perasaann sedihnya diruangan kapsyen, “Sangat memilukan untuk saya bagitahu anjing saya Hugo sudah mati. Dia sentiasa ada bersama saya, teman paling rapat saya.”
“Dari tidur atas katil tanpa cadar bersama dan perkara lain yang kami lakukan bersama. Terima kasih kerana sentiasa bersama saya setiap masa sehingga saya dapat sebuah keluarga yang bahagia. Kami akan sentiasa merinduimu Hugo!”
Ramai rakan serta pengikutnya yang memberi komen menyatakan mereka turut bersedih memberikan kata-kata semangat kepada McGregor.
Menurut Daily Star juga, terdapat satu video yang menunjukkan Hugo bersama McGregor ketika dia sedang bercakap dengan peminatnya sebelum memulakan larian harian 10kmnya.
Sumber: Daily Star, Instagram