Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menggunakan khidmat anjing pengesan bernama Grouse dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan mangsa yang masih hilang di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali hari ini.
Dalam satu hantaran Bernama, terlihat Pegawai Bomba Unit K-9 Kenneth William bersama Grouse di tempat kejadian untuk memulakan operasi SAR di lokasi.
Bagaimanapun memetik laporan terkini Bernama sebentar tadi, anjing K-9 bomba itu dilapor mengesan tiga individu yang dikuatiri tertimbus di sektor C tanah runtuh berkenaan.
Difahamkan, dalam operasi SAR hari ketiga, kawasan pencarian dipercayai masih ditumpukan di ketiga-tiga sektor iaitu sektor A (kem Hillview), sektor B (kem Farmview) dan sektor C (berhampiran kem Riverside).
Berita lanjut menyusul.
Sumber: BERNAMA