Seorang anggota polis dilapor ditemui mati dalam kenderaannya di lot parkir di pekan Muar, Johor kira-kira 11.18 pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebelum itu polis daerah Muar menerima maklumat melalui WhatsApp mengenai seorang anggota polis yang didakwa ingin membunuh diri.
Jelas Ayob, anggota polis tersebut ditemui mati dengan kesan tembakan di leher, selain sepucuk senjata jenis revolver .38 berada bersamanya.
Kejadian tersebut disahkan oleh Polis Johor dan siasatan ke atasnya kini sedang dijalankan.

Sumber: FB Polis Johor