lelaki terjun jambatan
Gambar: The Thaiger

‘Anggap Sebagai Abang’, Nasihat Polis Bantut Niat Lelaki Terjun Jambatan

Nurhanis

Tertekan kerana hilang kerja, seorang lelaki warga Myanmar bertindak membuat keputusan terburu-buru dengan memanjat jambatan, dipercayai berniat untuk ‘mengakhiri hidup’ dalam kejadian di Bangkok baru-baru ini, , lapor The Thaiger.

Menurut laporan, tindakan lelaki itu bagaimanapun gagal apabila hatinya berjaya dipujuk oleh pegawai polis yang datang ke lokasi kejadian untuk menyelamatkannya.

Pegawai polis berkenaan, Leftenan Kolonel polis Makkasan Narongdech Butnampetch berkata walaupun keadaan tidak terkawal, dia berjaya memikirkan cara menyelamatkan nyawa mangsa dengan menenangkannya serta membidas segala percakapan secara baik kepadanya.

Difahamkan, mangsa bertindak memanjat tebing jambatan di pusat bandar berkenaan dan berjalan ke atasnya adalah kerana kecewa dengan nasib malang yang menimpanya, selain turut mengancam untuk melompat.

Menurut laporan, mangsa bersungguh-sungguh mahu pulang ke negaranya tetapi tidak mempunyai wang atau rezeki untuk ke sana. Oleh itu dia berputus asa dan naik ke atas tebing jambatan untuk ‘menamatkan segalanya’.

Pujuk secara baik

Butnampetch menghampiri mangsa dan menanggalkan pakaian rasmi polisnya, kemudian duduk di atas tanah dengan bajunya menunjukkan beliau prihatin dengan keadaan mangsa dan menegurnya secara baik.

Beliau meminta mangsa dengan ikhlas untuk menganggapnya sebagai abang yang lebih tua dan mematuhi nasihatnya supaya tidak terjun dari jambatan.

Jelasnya ‘rakyat Thailand dan Myanmar adalah saling berkaitan, semua penduduknya ibarat merupakan adik beradik’. Kemudiannya, beliau meminta lelaki itu turun dari tebing.

Mangsa akhirnya akur dengan arahan yang diberi dan turun daripada tebing itu. Ini menunjukkan tindakan dan kata-kata pegawai itu sampai kepada hati mangsa terbabit yang terdesak untuk terjun.

Selepas turun daripada tebing, dia duduk di atas lantai dengan kaki dilipatkan serta tangan di atas tanah, menundukkan kepalanya sambil mengungkapkan permohonan maaf dan beri penghormatan rasmi.

Setelah itu, mangsa dibawa ke balai polis untuk berikannya ruang dan bertenang namun mangsa mungkin akan dijatuhkan pertuduhan, iaitu gangguan menamatkan hidup sendiri.

BACA JUGA: Wanita Batal Niat Terjun Jambatan, Selepas Dipujuk Orang Awam

Sumber: The Thaiger