Aneh Tapi Seram, Lelaki Siar Iklan Di Akhbar, Minta Tolong Cari Sijil Kematiannya

Faiz Mustafa

Aneh Tapi Seram, Lelaki Siar Iklan Di Akhbar, Minta Tolong Cari Sijil Kematiannya

Pada umumnya, sijil kematian merupakan satu dokumen yang hanya akan dikeluarkan apabila seseorang individu itu telah meninggal dunia sebagai satu bentuk bukti kematiannya. Biasanya ia akan diuruskan oleh ahli keluarga si mati yang masih hidup.

Namun, lain pula apa yang berlaku di India baru-baru ini apabila salah satu syarikat surat khabar telah menyiarkan iklan seorang lelaki yang sedang mencari sijil mati miliknya sendiri yang dipercayai telah hilang. Menerusi iklan tersebut, si pengiklan meminta bantuan orang ramai untuk mencarinya.

Lelaki berkenaan turut memaklumkan bahawa dia kehilangan sijil kematiannya di Bazar Lumding Assam, India pada 7 September lalu. Bagi memudahkan orang ramai membantunya, dia juga memberikan segala butiran lengkap seperti nombor pendaftaran, nombor siri sijil berserta nama sendiri dan bapanya menerusi iklan tersebut.

“Saya telah kehilangan sijil kematian saya di Lumding Bazar (di Assam) pada 7 September 2022,” tulis dengan jelas pada bahagian iklan surat kabar tersebut.

Iklan berkenaan menjadi viral selepas dimuat naik oleh salah seorang pegawai polis di India, (IPS) Rupin Sharma menerusi laman Twitter miliknya. Tweet berkenaan dimuat naik bersama dengan kapsyen “Ia hanya berlaku di #India”.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: NDTV