Andersen Dapat Ugutan Bunuh Selepas Insiden Penyerang Liverpool, Nunez Dibuang Padang
Pemain Crystal Palace, Joachim Andersen mendedahkan bahawa dia telah menerima ugutan bunuh yang ditujukan kepada diri dan keluarganya selepas insiden dia ditanduk oleh Darwin Nunez dalam aksi yang berkesudaha seri di Anfield, Isnin lalu.
Penyerang Liverpool itu dilayangkan kad merah dengan Liverpool ketika itu ketinggalan satu gol hasil jaringan daripada Wilfried Zaha.
“Mungkin mendapat 3 hingga 400 mesej ini malam tadi. Saya faham anda menyokong pasukan anda tetapi hormati orang dan berhenti bertindak begini (tough) diatas talian talian,” kata Andersen sebelum berkongsi tangkap layar skrin mesej dan ugutan bunuh.
Liverpool berjaya menyelamatkan satu mata hasil gerakkan cantik pemain lincah, Luiz Diaz sekaligus mengelakkan maruah pasukan tuan rumah daripada tercalar lebih teruk.
Bagaimanapun, keputusan seri itu sekali lagi memberi kekecawaan kepada peminat-peminat Liverpool yang menyaksikan kelab kesayangan memulakan kempen ini dengan sangat perlahan, selepas turut mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan pembukaan menentang Fulham minggu lepas.
Disebabkan itu, mungkin segelintir peminat menyasarkan Andersen yang dilihat menjadi ‘punca’ Liverpool beraksi dengan 10 orang pemain dalam perlawanan tersebut.
Sementara itu, pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menggesa Nunez untuk belajar daripada kesilapannya selepas dibuang padang pada penampilan sulung di tempat sendiri.
“Dia perlu mengawal dan menguruskan dirinya sendiri. Nunez juga perlu bersedia bahawa perkara begini boleh berlaku, terutamanya dalam EPL.
“Ia akan menjadi satu pengajaran untuknya dan diharapkan ia tidak berulang lagi. Jelas sekali dia kecewa, tetapi ia adalah satu pengajaran dan kami sentiasa menyokongnya. Nunez mendapat sokongan daripada kami semua dan dia patut tahu tindakan itu tidak boleh dibuat lagi,” kata Van Dijk.
Nunez yang menyertai Liverpool dari Benfica sebagai pemain termahal kelab berdepan dengan penggantungan tiga perlawanan dan akan terlepas aksi menentang seteru abadi, Manchester United di kandang lawan minggu depan.
Kehilangan tersebut menyebabkan kelab kini tiada pemain penyerang senior selepas Roberto Firmino dan Diogo Jota terpaksa diketepikan akibat cedera. Ia sedikit sebanyak mengganggu perancangan jurulatih, Jurgen Klopp untuk memburu kemenangan pertama selepas dua perlawanan.
”Situasi yang sangat mencabar ketika ini dengan kami berdepan dengan masalah kecederaan. Tetapi apa yang lebih penting adalah bagaimana anda mengatasi situasi tersebut.
”Kami akan berusaha untuk membawa ‘pulang’ kembali satu atau dua pemain yang cedera minggu depan. Tetapi saya tidak pasti jika ia boleh dilakukan. Kini kami kehilangan Nunez, dan situasi ini tidak membantu kami. Firmino mungkin boleh kembali beraksi minggu depan,” katanya.
BACA: Kapten Man United, Harry Maguire Dilapor Terima Ancaman Bom
Sumber: ESPN