Siapa sangka di usia yang muda, anak remaja ini terpaksa menggantikan tempat ayah untuk mencari rezeki buat keluarga. Walaupun masih muda, tetapi semangat dan ketabahannya untuk bekerja keras untuk menyara keluarganya yang berada dalam kesusahan.
Namun, percayalah setiap ujian yang diterima seseorang itu pastinya akan dibalas dengan hikmah yang baik. Seperti kisah hidup seorang remaja yang bernama Syamil ini mendapat perhatian daripada Natipah Abu.
Difahamkan, mereka sekeluarga memerlukan bantuan bernilai RM 5,000 untuk mencari rumah sewa dan keluar dari sebuah homestay tersebut untuk hidup berdikari.
Jadi, untuk mengambil berkat hari Jumaat ini, sukarelawan, Natipah Abu mengajak orang ramai untuk menyalurkan sumbangan buat keluarga ini.
Kisah ibu tunggal ini, Puan Zuriah ( 38 tahun ) dan ibunya, Puan Zaiton ( 62 tahun ) serta 5 orang anaknya yang berumur antara 9 bulan hingga 14 tahun … dirujuk kepada kita oleh ahli jawatankuasa masjid.
**Puan Natipah Abu ini merupakan seorang sukarelawan yang memberi bantuan berdaftar dan dipercayai.**
Menurut penulisan oleh Puan Natipah, Puan Zuriah dan bekas suami bersama anak anak mereka tinggal di Selangor sebelum ini. Namun malangnya Zuriah dan bekas suaminya bercerai dan Zuriah bersama 5 anaknya terpaksa balik ke Kedah.
Sebelum balik ke Kedah, Puan Zuriah dan anak-anak pernah hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor dengan mengharapkan belas ehsan dari anak qariah untuk meneruskan kehidupan.
Pihak masjid akhirnya membuat keputusan menyelamatkan mereka dengan menghantar mereka pulang ke kampung di Kedah.
Selain membiayai segala kos perjalanan pulang dengan menyewa sebuah van, mereka juga dibekalkan sejumlah wang tunai oleh pihak masjid.
Di Kedah, mereka menumpang di rumah saudara terdekat. Namun Puan Zuriah mengambil keputusan untuk keluar dari rumah saudara itu dan hidup berdikari sendiri atas beberapa masalah peribadi yang timbul.
Nasib Puan Zuriah mendapat simpati dari pemilik sebuah homestay lalu membenarkan mereka sekeluarga tinggal di situ buat sementara waktu.
Berbekalkan wang RM100, mereka berpindah ke homestay itu. Kisah mereka juga telah sampai kepada beberapa pihak termasuklah pihak masjid setempat dan ZAKAT KEDAH. Bantuan selanjutnya sedang dalam proses.
Kini, 9 hari sudah keluarga ini tinggal di homestay. Anak Puan Zuriah yang paling tua di kalangan adik beradik itu telah membuat keputusan untuk keluar bekerja sebagai tukang cuci di sebuah R & R dengan gaji hari, RM25 sehari.
Puan Zuriah pula masih di dalam proses mencari kerja namun dengan masalah ketiadaan pengangkutan, membataskan segalanya.
Bagi Syamil, sebagai anak lelaki , dialah yang harus memikul tanggung-jawab menjaga ibu, nenek dan adik-adiknya yang masih kecil.
Untuk ke tampat kerja, Syamil juga terpaksa menumpang motosikal rakannya. Kadang-kadang menangis Syamil bila rakan tidak dapat menghantar. Tidak bekerja bermakna tiadalah duit utk dia untuk mereka sekeluarga .
Pernah Syamil terpaksa berjalan kaki berbatu jauhnya selepas selesai bekerja kerana kawan tidak datang menjemputnya.
“14 tahun … usia yang masih mentah tetapi Syamil telah menggalas tanggungjawab yang bukan kepalang.”


Hatta .. dia sedih sekali bila memikirkan tentang tempat tinggal mereka sekeluarga. Dengan pendapatannya sebagai tukang cuci itu, tidak akan termampu bagi dia menyediakan rumah buat mereka sekeluarga.
Dia sedar, mereka harus segera mengosongkan homestay tersebut dan berpindah ke rumah sewa sebelum dihalau keluar.
Atas dasar tanggung-jawab sesama saudara seagama … kita membuat keputusan untuk membantu keluarga ini berpindah segera ke rumah sewa. Kita bercadang untuk menanggung kos rumah sewa itu selama setahun.
Satu tempoh yang kita kira cukup untuk membantu mereka berdikari dan stabil semula handaknya, InshaAllah.
Semoga dengan Sedekah Jumaat yang kita niatkan untuk Puan Zuriah Helmi Binti Mad Saad ini, akan mampu membawa sinar baru buat mereka yang sedang diuji. Jumaat yang barakah, salam dan selawat buat Junjungan kita …
SEDEKAH JUMAAT.
RUMAH SEWA.
KEPERLUAN RM5K
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521
Sumber: Natipah Abu