
Dinding, permanent marker, dan pensil warna memang kawan baik kanak-kanak. Tambahan lagi, dinding bukan lagi tempat asing bagi mereka untuk meluaskan imaginasi mereka.
Maklumlah dinding kan lebih besar berbanding kertas kosong atau buku. Tetapi yang susah kemudiannya ibu bapalah yang perlu membersihkan dinding itu semula. Lagi-lagi dinding yang putih, bersih itu.
Oleh itu, seorang ibu yang memiliki sebuah akaun TikTok @honestlyautumn telah berkongsikan satu ‘trik’ menarik yang mudah untuk membersihkan lukisan di dinding rumah anda.
Di dalam video tersebut dapat dilihat anak perempuannya dengan senang hati menconteng dinding rumah menggunakan sharpie yang dakwatnya merupakan dakwat kekal.
“Perkara yang saya harap saya tahu sebagai seseorang yang akan menjadi ibu buat pertama kali,” tulis pemilik di dalam video tersebut.
Dia kemudian mengambil sebotol sunscreen dan semburkan pada tulisan yang ada pada dinding rumahnya dan mengelap tulisan yang sudah luntur tersebut menggunakan kain buruk.
Kagum melihat perkongsian itu, ramai warganet yang terkejut dengan penemuan baru itu:



Sumber: @honestlyautumn