Anak murid legenda UFC, Khabib Nurmagomedov iaitu Islam Makhachev muncul juara baharu UFC kategori lightweight selepas menewaskan Charles Oliveira semasa pusingan kedua UFC 280 di Abu Dhabi awal pagi tadi, lapor Bleacher Report.
Imbas kembali perlawanan pusingan pertama, peninju profesional Rusia itu membuat serangan kepada Oliveira dengan ‘menumbangkan’ kakinya dan ia menjadi faktor utama kemaraannya semasa minit pendahuluan sehingga penamat.
Makhachev memintas percubaan serangan ‘lutut terbang’ dari Oliveira dengan memberi serangan dua tumbukan yang mencecah si ‘Do Bronx’ dan terus melompat ke atasnya dengan membuat arm-triangle sehingga dia menyerah.
Sehubungan itu pertabalan juara tersebut merupakan pencapaian besar yang mencatatkan 11 kemenangan berturut-turut dikecapi oleh peninju profesional Rusia tersebut.
Difahamkan, peninju berusia 31 tahun itu perlahan-lahan menunjukkan prestasi cemerlang sejak memulakan rentak dalam gelanggang pada 2016.
Kini, Makhachev memegang tempat juara yang telah lama dimiliki Khabib Nurmagomedov yang juga merupakan jurulatih yang memberi tunjuk ajar dan melatihnya.
Difahamkan, Makhachev pada waktu ini sudah tertumpu pada cabaran untuk mencabar juara UFC yang lain.
Sementara itu Alexander Volkanovski merupakan peninju sandaran sekiranya Oliveira atau Makhachev tidak melepasi berat yang ditetapkan.
Gelaran lightweight itu ‘kosong’ tidak dipegang sesiapa oleh kerana Oliveira gagal membuat pembelaan menentang Justin Gaethje.
Volkanovski tidak mendapat peluang emas dalam perlawanan semalam, tetapi Makhachev sanggup ke Australia pada 2023 untuk mempertahankan tali pinggangnya dalam menentang juara kategori featherweight.
“Kenapa tidak? Ya (Saya akan melawan Volkanovski di Australia).
“Saya sudah pergi ke Australia pada satu masa dahulu. Saya boleh pergi lagi, “ kata Makhachev menurut Damon Martin dari MMA Fighting.
Mempertahankan gelaran pertamanya menentang pejuang berkaliber Volkanovski hanya akan mengukuhkan lagi statusnya sebagai juara yang sukar untuk diungguli.
Kemenangan Makhachev adalah 23-1 dalam MMA dan satu-satunya kekalahannya di UFC hanya dalam pertarungan keduanya dalam promosi menentang Adriano MArtins dalam UFC 192 pada Oktober 2015.
Sumber: Bleacher Report