Gambar: Mohd Fikri Ismail

Anak Luah Rasa Hiba, Mak ‘Ikut’ Jejak Ayah Meninggal Dunia Berselang Hari Di Madinah

Amira

Berat ujian yang ditanggung Mohd Fikri Ismail dan adik beradiknya apabila kedua-dua ibu bapa mereka kembali ke rahmatullah ketika sedang mengerjakan umrah di tanah suci baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, pasangan itu pergi hanya selang sehari antara satu sama lain. Pemergian Allahyarham ayahnya pada 23 Disember lalu diikuti ibu tercinta, Allahyarham Rohani bt Dollah sehari kemudian.

Pasangan bahagia dunia akhirat

Kenalan dan ahli keluarga menyifatkan pemergian pasangan berkenaan sebagai takdir terindah atas rezeki mereka dijemput ke pangkuan Ilahi di kota suci Madinah.

“Takziah buat sahabat Wadi Ismail dan Mohd Fikri Ismail atas pemergian kedua ibubapa di kota Madinah.

“Sungguh cantik perancangan Allah S.W.T. Dua hari lepas Allah jemput suami dulu dan hari ini Allah jemput isteri beliau pulak.. Kedua-keduanya meninggal dunia di kota Madinah semasa mengerjakan umrah. Cantik dan indah sungguh cara mereka berdua pergi menghadap Ilahi.

“Semoga kedua-dua mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan ahli syurga,” tulis Wan Abdullah.

Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُما وَارْحَمْهُما وَعَافِهِما وَاعْفُ عَنْهُما

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Sumber: Mohd Fikri Ismail