Anak kecil saksi ayah berpanas hantar makanan, mungkin ia akan menjadi detik bersejarah paling bermakna sepanjang hayat.
Perjalanan hidup seseorang berbeza-beza, ada yang bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin dan ada juga yang bekerja di bawah sinar terik matahari demi mencari sesuap nasi untuk keluarga tercinta.
Panas-panas terik mentari, ‘panas’ lagi ujian menanti. Itulah nasib seorang penghantar makanan yang ke sana ke sini mencari rezeki sambil membawa anak kecil di pangkuannya.
Bukan mudah mencari rezeki untuk anak dan isteri dalam keadaan serba kekurangan, dalam masa sama masih lagi tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
‘Bertindak’ atas maklumat, pendakwah terkenal, Ebit Lew segera turun padang menyantuninya secara berdepan. Malah beliau juga turut berkesempatan menyampaikan sejumlah sumbangan buatnya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cabaran yang ditempuhi penghantar makanan yang bergelar bapa itu, mari kita selami perkongsian di laman Facebook Ebit Lew.
Anak kecil saksi ayah berpanas hantar makanan
Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan – mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup.
Menangis masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa. Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta dia cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih.
Saat kita merasa kita susah ada orang lain yang lagi memerlukan. Bila hadiahkan motor melihat air matanya membuat kita rasa lebih bersyukur. Besar nilai rezeki tak sangka-sangka. Semuanya dari Allah.
Semoga Allah mudahkan hidupnya. Berkatkan rezeki buat keluarga ini
Saudaraku di sebalik ujian ada rahmat – ebitlew
Gambar: FB Ebit Lew
Gambar: FB Ebit LewSumber: Facebook Ebit Lew