Empat beranak hampir menemui ajal apabila kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh oleh kenderaan lain dalam kejadian yang berlaku pada malam Khamis lalu.
Lebih malang, kejadian tersebut didakwa merupakan insiden langgar lari kerana kenderaan yang merempuh mereka telah didakwa telah hilang sejurus kejadian berkenaan.
Menerusi perkongsian oleh Abdul Azim, beliau tampil menceritakan detik cemas yang menimpa keluarganya sehingga salah seoorang anaknya yang berusia tiga tahn bersama isteri tercampak keluar dari kenderaan tersebut.
Apa salah anak kecil dan wanita di dalam gambar ini? Apa salah kami sekeluarga?
APA BEZA KAMU DENGAN PEMBUNUH YANG MEMBUNUH KANAK-KANAK DAN WANITA!!! yaa kamu sama tiada bezanya!!
Itulah kami tujukan kepada PELANGGAR LARI yang melanggar kenderaan kami. KAMU HAMPIR MEMBUNUH KAMI BEREMPAT SEKELUARGA!!!
Ceritanya bermula pada hari kejadiaan khamis 14/5/2020 kami baru saja balik daripada rumah abang ipar atas sebab-sebab dan alasan-alasan yang tertentu di Taman Desa Mutiara Johor. Seingatnya kami sekeluarga keluar dan ingin pulang ke rumah pada pukul 12 malam kerana ada anak kami berdua di rumah menunggu kepulangan kami.
Kereta melambung dan berpusing hampir lima kali
Kami berempat pun pulang menggunakan laluan highway Pasir Gudang untuk balik ke rumah kami di Taman Uda Utama.
Setibanya di higway pasir gudang berdekatan dikawasan flyover Kempas menghala ke Perling, ketika tu saya berada di LORONG KIRI DENGAN KELAJUAN YANG SANGAT SEDERHANA dan jalan yang agak lenggang, dengan tiba-tiba kami sekeluarga terdengar satu bunyi dentuman yang sangat kuat di bahagian belakang kanan tempat pemandu.
Kenderaan yang kami pandu terbabas ke kiri jalan dan melambung tinggi berpusing hampir lima kali ke kawasan lapang dan melekat di pokok. Tuhan sahaja yang tahu stituasi masa keadaan tu. Saya hanya mampu menjerit Allahuakbar setiap kali lambungan itu.
Anak tiga tahun dan isteri terpelanting dari kereta
ANAK LELAKI SAYA YANG BERUMUR 3 TAHUN DAN ISTERI SAYA MELAMBUNG TERPELANTING KELUAR DARIPADA KERETA. Cuma saya dan anak perempuan saya yang berumur 8 tahun yang masih kekal di dalam kereta.
Saya keluar memekik menjerit mencari anak saya yang berumur 3 tahun dan menjumpainya di kawasan semak tanpa sedarkan diri. Saya terus mendukung anak saya dengan menangis melihat keadaan sekeliling yang berlaku sambil berlari ke tepi jalan highway untuk mendapatkan bantuan.
Kenderaan yang melanggar sudah lari
Allahu!!. saya tidak dapat bayangkan keadaan masa tu dengan isteri terbaring meraung kesakitan “sakit2!!”, namun tiada kenderaan yang berhenti untuk memberikan pertolongan, mungkin kawasan tersebut agak gelap dan kenderaan yang melanggar saya pun tiada di situ.
Akhirnya selepas 20 minit abang ipar dan mak mertua saya sampai di tempat kejadian selepas saya menghubungi untuk mendapatkan bantuan dan ambulan sampai terus membwa kami ke HSA.
Musibah yang paling terbesar dalam hidup kami sekeluarga dengan seminggu lagi nak raya, kami sekeluarga masih dalam keadaan trauma dalam kejadian tersebut terutama anak saya yang berumur 3 tahun.
Kepada yang melanggar kenderaan kami ingatlah!!. Jika di sekarang ini kamu tidak dapat mendapat pembalasan, mungkin di lain hari kamu akan terima pembalasannya. WHAT U GIVE YOU GET BACK! KIFARAH, KARMA!! ingat tu.. syukur dipanjatkan kerana Allah masih lagi menyelamatkan nyawa kami sekeluarga.
Kamu sangat kejam..
Kereta yang melanggar kami adalah sangat-sangat laju sehinggakan kami boleh melambung berpusing sebanyak 4 atau 5 kali. Kami sekeluarga mengalami kerugian hampir 25 ribu kerana kenderaan kami di declare total lost dengan kos rawatan hospital ubat-ubatan yang ditanggung oleh pihak kami sendiri! SANGAT KEJAMNYA KAMU!
Ya Allah, hilang semangat kami sekeluarga untuk menyambut raya tahun ni yang tinggal beberapa hari sahaja dengan ekonomi pendapatan keluarga yang tidak menentu semenjak PKP daripada bulan 3.
Panjangkan dan sharekan lah cerita kami ini supaya pelanggar yang melanggar lari kami sekeluarga baca dengan apa yang kami tulis ni dan tampil berjumpa la dengan kami supaya bertanggungjawab apa yang dilakukan pada kami sekeluarga.
Dan terima kasih juga kepada ahli keluarga yang bannyak membantu kami, kepada rakan-rakan sahabat yang menghulurkan bantuan dari segi wang ringit masa dan tenaga, yang menghubungi bertanyakan khabar dan kepada kalian semua yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami skeluarga. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.
Tak perasan jenis kenderaan kerana sangat laju
Sekarang makin menjadi-jadi cerita orang langgar lari mati disebabkan kecuaian secara sengaja atau tidak sengaja. Report akan dibuat dan CCTV di tempat kejadian mungkin akan kami cari. Alhamdulillah syukur esok mungkin kami sekeluarga akan discharge keluar daripada hospital.
Tapi kami sekeluarga masih lagi dalam proses penyembuhan dan akan berulang alik ke hospital selama 2 atau 3 bulan untuk memastikan kami betul-betul sihat seperti sedia kala. Kami sekeluarga masih lagi berada dalam keadaan yang sangat trauma daripada kejadian tersebut terutama isteri dan anak-anak.
Memang tak perasan jenis kenderaan apa dan nombor kenderaan apa kerana ianya tersangat laju dan hanya mendengar bunyi dentuman.
Sumber: Abdul Azim