“Kalau ada sesiapa terjumpa pakcik atau ada any info tentang pakcik I, please inform me ya”. Itulah luahan seorang gadis tentang pakciknya yang kurang sihat mental, dikatakan telah menghilangkan diri dari Hospital Besar Kuala Lumpur semasa berada di Zon Kuning dalam lebih kurang 10 hari yang lalu.
Melalui perkongsiannya di Twitter (@masnorainn), pakciknya telah hilang di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Maklumat terakhir yang diberikan oleh orang ramai, mereka menemui pakcik beliau di sekitar The Row, KL.
Menurutnya, laporan polis tentang kehilangan juga telah dibuat oleh pihaknya. Walau bagaimanapun, mereka merayu bantuan orang ramai, sekiranya terjumpa pakciknya itu agar segera menghubungi mereka di nombor telefon 010-3513353 (Ishaq Sani) atau serahkan pada balai polis yang berdekatan.
Sumber: Twitter