Jasa ibu bapa tak terbalas sehingga ke akhir hayat. Sebagai seorang anak, berbuat baiklah kepada mereka kerana tidak ada yang dapat menggantikan tempat itu apabila mereka tiada lagi di dunia ini.
Tular di laman sosial perkongsian oleh Shahrul Nizam Sairi yang bertemu seorang lelaki warga emas menaiki motosikal seorang diri dari Kuantan untuk ke Institut Jantung Negara (IJN). Dalam keadaan serba kekurangan dan sakit, pakcik tersebut gigih meneruskan perjalanan demi temujanjinya dengan doktor.
Lebih meruntun hati, anaknya hanya memberikan sekeping wang kertas RM50 untuk mengisi minyak dan memintanya untuk pergi sendiri. Ikuti perkongsian seperti di bawah. Moga Allah memudahkan urusan pakcik ini. Sebaknya hati!
Allahuakhbar… Yaallah… Hebat dan kesian pakcik ni.
Ceritanya… Saya on the way ke jalan gombak ke tapak busking kami #spacebuskers saya ternampak seorang pakcik membawa motor honda70.
Gambar : Shahrul Nizam SairiPendekkan story pakcik ni dari kuantan naik motor seorang diri dalam keadaan tak berapa sihat, semput dan masalah jantung.. saya suruh pakcik ni berhenti tepi untuk rehat.. kesian.. tercungap-cungap pakcik ni..
Saya tanya pakcik nak ke mana.. pakcik nak ke IJN ada appointment hari isnin.. saya tanya lagi kenapa tak jalan hari isnin.. dengan air mata pakcik mengalir.. dia jawab
“ANAK SAYA TAK NAK HANTAR SAYA KE IJN..ANAK SYA BAGI RM50 SAHAJA UNTUK ISI MINYAK”
Gambar : Shahrul Nizam SairiYa Allah… kesian pakcik ni.. saya hanya mampu ascort pakcik smpai ke jalan titiwangsa dan beri bantuan sejumlah wang sahaja.. kemudian pakcik tu jalan sendiri ke IJN.. Sedih rasa hati bila pakcik ni cakap anak-anak dia tak tolong dia..
Sumber : Shahrul Nizam Sairi