Anak Autisme Teruja, Walaupun Hanya 2 Rakan Kelas Hadir Ke Rumah Terbuka
Kebiasaanya, anak-anak autisme mungkin sedikit sukar untuk mendapat rakan baharu terutamanya dalam kalangan rakan sebaya.
Namun, kisah seorang remaja lelaki berasal daripada Singapura ini ternyata berjaya menyetuh hati banyak pihak.
Pada 8 Mei lalu, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Indrie telah berkongsi kisahnya anak lelakinya yang merupakan anak autisme.
Difahamkan, anaknya yang bernama Danish telah menjemput rakan-rakannya untuk datang ke rumah untuk menyambut Aidilfitri bersamanya buat kali pertama.
Keiinginan Danish itu didorong oleh kejayaan kakakknya menjemput rakan-rakan ke rumah mereka untuk menyambut hari lebaran bersama.
Menurut Mothership.sg, Danish (18) mengalami kesukaran ketika memulakan pengajian buat kali pertama di ITE College Central.
Kesukaran ini disebabkan halangan sosial yang berpunca daripada ‘keistimewaan’ yang dimilikinya.
Oleh sebab itu, keluarga Danish merasa khuatir, jika jemputan Danish ‘benar-benar’ dapat dihadiri rakan-rakan kampusnya.
Ibunya, Indrie tidak mahu mematahkan semangat Danish. Akan tetapi, wanita itu risau jika tiada sesiapa pun yang akan menghadiri jemputan itu, memandangkan Danish sendiri tidak memiliki rakan karib.
Walau bagaimanapun, anak lelakinya merasa yakin akan keputusannya. Disebabkan itu, Indrie mencadangkan agar anaknya menjemput orang yang sering berhubungan dengannya.
Pada masa yang sama, wanita itu telah bersedia untuk memujuk Danish, jika jangkaannya meleset.
Walaupun dihadiri dua orang, rumah terbuka yang dianjurkan oleh anak autisme ini berlangsung dengan meriah
Dua hari sebelum sesi rumah terbuka, Danish telah memberikan jemputan kepada beberapa rakan sekelasnya yang terpilih.
Selepas menghantar jemputan tersebut, dia kerap memeriksa notifikasi telefon pintarnya untuk mengetahui maklum balas dari mereka.
Pada hari rumah terbuka yang belangung pada hari Sabtu, dua orang rakan sekelasnya telah hadir bagi menyambut hari raya bersamanya.
Dalam video TikTok tersebut, mereka telah meletakkan makanan di atas pinggan pakai buang dan makan bersama-sama Danish di atas meja makan.
Indrie berkata bahawa anak lelakinya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menjadi tuan rumah yang baik kepada rakan-rakannya.
Wanita yang bergelar ibu itu turut lega kerana perkara ini dapat mengubah persepsi rakan kelas anaknya yang lain terhadap Danish.
“Mereka merupakan pelajar yang baik dan mengambil berat. Danish siap menunjukkan bilik tidurnya dan makan bersama mereka.”
Selain merupakan anak autisme, Danish difahamkan turut menghidapi kanser otak yang dikesan seawal usianya lapan tahun.
Sejak kecil, dia telah menghadiri pelbagai terapi seperti terapi pertuturan, gerak kerja dan sosial. Anak istimewa ini turut menjalani pelbagai rawatan bagi merawat penyakit kansernya.
Disebabkan itu, Danish kadang kala mengalami masalah keguguran rambut serta tumbesarannya terbantut.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah Danish, anda boleh menonton video di bawah.
BACA: Mungkin Ini Punca Peti Ais Tak Sejuk, Guna Skru Driver Tak Sampai Seminit Masalah Selesai
Sumber: Mothership.sg