Anak anjing yang unik ini telah diberi nama Moo oleh pemiliknya kerana memiliki penampilan yang unik seperti anak lembu. Moo telah dilahirkan dengan bintik hitam dan putih yang menutupi sebahagian tubuhnya.
Anak anjing berusia 7 bulan ini memiliki bulu peibal yang menyebabkan terdapat bintik-bintik pada bulunya. Bulu tersebut telah menutupi hampir seluruh tubuhnya, tetapi tidak meliputi bahagian kepalanya.

Kombinasi kedua warna pada badan dan kepalanya sering mengelirukan orang ramai, sehingga ada yang menyangka Moo memakai baju tidur.
Campuran dachshund dan dalmation Moo menarik banyak perhatian di media sosial ditambah lagi, dengan keperibadian Moo yang lucu.

Lebih menarik, ketika dia membawa Moo berjalan-jalan, pasti akan ada yang menahan mereka untuk dibawa bergambar.
Sumber: www.mirror.co.uk