PUTRAJAYA, 26 Apr – Setiap anak-anak yang dikesan mempunyai gejala jangkitan COVID-19, mereka tidak perlu dihantar ke sekolah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, dalam masa sama jika ibu bapa turut mempunyai gejala sedemikian, mereka juga digalakkan agar tidak menghantar anak ke sekolah.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai laporan mingguan COVID-19 di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu tambahnya, mengenai tindakan keselamatan bagi menghindari pelajar di sekolah daripada dijangkiti, keputusan penutupan sekolah adalah bergantung kepada penilaian risiko oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
Untuk rekod, sepanjang 2021 setakat hari ini, seramai 23,779 pelajar berumur 12 tahun ke bawah dilapor telah dijangkiti COVID-19.
Sumber: BERNAMA