Mesti antara anda yang mempunyai pasangan atau ibu bapa yang kuat berleter atau membebel. Jangan risau kerana ini merupakan satu kebaikkan dalam institusi rumah tangga anda.
Kajian ini dilakukan di University of Essex, England didapati anak yang didesak oleh ibu bapa ketika kecil, berpeluang untuk lebih berjaya dalam kehidupan daripada anak yang ibu bapanya sebaliknya.
Pemerhatian telah dilakukan ke atas 15,500 gadis remaja, yang berusia 13 dan 14 tahun sejak tahun 2004 sehingga 2014 mendapati anak yang didesak oleh ibu mereka selalunya telah diletakkan satu standard tinggi yang perlu dicapai. Mereka ini selalunya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading serta memiliki gaji yang besar setelah meningkat dewasa.

Tambahan pula, anak-anak ini kurang mengalami masalah sosial. Tidak la teruk mana pun sebenarnya jika ibu bapa berleter atau membebel ni. Hal ini kerana mereka tidak akan berbuat demikian tanpa sebab.
Jadi, ibu bapa juga turut boleh mengguna kan fakta kajian ini untuk membebel jika anak malas belajar atau siapkan kerja sekolah.
Sumber : Womansday