amway malaysia fokus kesihatan
Tiada Kategori

Amway Malaysia Fokus Kesihatan Selular & Penuaan Sihat Bagi Hadapi Masyarakat Menua

Sofea

Amway komited membentuk kesejahteraan holistik di setiap peringkat kehidupan, daripada fokus kepada fitonutrien dan mikrobiom usus sehinggalah menyokong kesihatan selular.

Kuala Lumpur, Malaysia, 22 September 2025 – Sempena ulang tahun ke-50, Amway Malaysia terus maju dalam perjalanan mereka sebagai sebuah syarikat Kesihatan dan Kesejahteraan, dengan hala tuju strategik yang digerakkan oleh keperluan mendesak untuk menangani populasi Malaysia yang semakin menua serta kegusaran orang ramai terhadap kemerosotan kesihatan berkaitan usia.

“Sepanjang 50 tahun lalu, Amway Malaysia berdedikasi untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik. Kami mahu teruskan perjalanan ini dengan mempertingkatkan lagi produk dan perkhidmatan, seiring menyokong agenda kesihatan kerajaan serta memperkasa rakyat Malaysia untuk mengurus kesejahteraan diri sendiri dalam menghadapi isu kesihatan yang mendesak.

“Perjalanan kami berpandukan sains, alam semula jadi dan inovasi. Daripada fitonutrien ke kesihatan usus, dan kini kesihatan selular — setiap langkah dibina daripada yang sebelumnya, mencerminkan pendekatan holistik kami terhadap kesejahteraan,” jelas Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia & Filipina. Mike Duong.

Menangani Krisis Penuaan Malaysia dengan Sains dan Inovasi

Malaysia kini berada di ambang perubahan demografi besar, dengan lebih 15% populasi dijangka berusia 65 tahun ke atas menjelang 2030, sekali gus secara rasmi menjadi sebuah “negara tua”. Perubahan demografi besar ini, dikenali sebagai Silver Tsunami telah menyebabkan peningkatan ketara dalam jumlah warga emas. Semakin ramai rakyat menua, semakin meningkat juga kebimbangan mereka terhadap apa yang akan berlaku kepada tubuh dan kesihatan secara keseluruhan.

Satu tinjauan Global Advisor mendedahkan bahawa lebih 60% rakyat Malaysia bimbang tentang proses penuaan, dengan hampir separuh berasa pesimis tentang masa depan. Kajian menunjukkan ramai rakyat Malaysia berdepan cabaran kesihatan pada usia lanjut, sekali gus menekankan kepentingan untuk memberi tumpuan kepada memanjangkan tempoh sihat (healthspan), bukan sekadar memanjangkan jangka hayat (lifespan).

Bagi menangani perkara ini dan menyokong usaha kerajaan, Amway berhasrat meningkatkan kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia sepanjang perjalanan mereka menuju usia tua tentang isu teras yang mempengaruhi penuaan sihat iaitu penuaan selular yang bermula dari dalam sel.

Kesihatan Selular sebagai Sempadan Baharu dalam Penuaan Sihat

Sel yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat kerana ia berupaya membaiki diri dengan cekap, menyingkirkan sisa dan menghasilkan tenaga. Proses ini seterusnya menyokong sistem imun yang kuat, fungsi otak yang lebih baik serta kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan. Sebaliknya, kemerosotan kesihatan sel akibat peningkatan usia boleh menyebabkan tahap tenaga menurun, proses pemulihan daripada penyakit atau kecederaan menjadi lebih perlahan, serta meningkatkan risiko penyakit kronik.

Bagi menangani perkara ini, Amway memperluaskan fokus daripada sekadar memanjangkan jangka hayat kepada jangka sihat iaitu tempoh kehidupan yang dilalui dalam keadaan sihat. Dengan menggabungkan penyelesaian berasaskan sains seperti pemakanan berasaskan tumbuhan dan sokongan mikrobiom bersama perlindungan baharu di peringkat sel, Amway menyediakan alat yang diperlukan untuk kekal aktif, bertenaga dan berdaya tahan sepanjang hayat.

Pendekatan menyeluruh ini yang disokong oleh sains dan diinspirasikan oleh alam semula jadi, memperkasakan individu untuk hidup dengan lebih baik dan menikmati tahun-tahun kehidupan yang lebih sihat.

Trifecta Ideal

Komitmen Amway bermula dengan memahami kekuatan tumbuhan. Melalui Nutrilite Health Institute, pasukan penyelidik menerajui kajian yang menyorot kekurangan global dalam pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, di mana 3 daripada 4 orang dewasa di seluruh dunia tidak memenuhi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima hidangan buah dan sayuran sehari.

Bagi membekalkan nutrisi asas yang diperlukan orang dewasa, saintis Nutrilite menggunakan kaedah dan teknologi terkini untuk mengekstrak vitamin dan mineral yang sangat tulen, serta pekatan tumbuhan organik daripada tumbuhan tertentu bagi kesihatan dan kesejahteraan optimum.

Dengan menyedari usus sebagai “otak kedua”, Amway kemudian memperluaskan fokus kepada kesihatan usus. Tiang kesihatan ini amat penting kerana ia mempengaruhi imuniti, penghadaman dan juga emosi. Satu kolaborasi utama bersama Monash University dijalankan untuk membangunkan penyelesaian yang disesuaikan dengan profil mikrobiom usus dan kesihatan unik rakyat Malaysia.

Penyelesaian GUTPROtein Foundational Health daripada Amway, terdiri daripada protein, prebiotik dan probiotik direka untuk menambah semula dan memelihara bakteria baik dalam usus, sekali gus menyokong kesejahteraan keseluruhan dan pembaikan selular.

Langkah terkini dan paling penting dalam evolusi ini ialah memberi tumpuan kepada kesihatan selular, hasil daripada enam tahun penyelidikan mendalam, melibatkan saringan lebih 600 tumbuhan dan 50,000 ramuan tumbuhan untuk mengenal pasti fitonutrien utama yang menyokong regenerasi sel. Kajian ini membawa kepada penemuan The Golden Regeneration Combination, iaitu kompleks lima fitonutrien (bATmm-5™) yang diperoleh daripada tumbuhan seperti Dendrobium Orchid, Pagoda Tree Flower, Chokeberry, Gooseberry dan Delima.

Pencapaian ini dimungkinkan oleh Nutrilite Intelligent Botanical System, Sistem Herba Pintar milik Amway yang memadankan fitonutrien dengan tumbuhan tertentu. Inovasi terkini Amway dalam kesihatan selular ini membantu melindungi sel tubuh daripada tekanan dan mengekalkan daya hidup. Sebagai sebahagian daripada ekosistem menyeluruh penyelesaian kesihatan Amway, ia memastikan tubuh berfungsi secara optimum dari dalam ke luar. AmCELL™ ialah suplemen pertama Amway yang direka untuk menangani kesemua 12 penanda penuaan.

Daripada permulaan sederhana pada tahun 1976 hingga ke hari ini dengan penyelesaian kesihatan selular yang canggih, syarikat ini terus berkembang dengan sains dan inovasi. Kejayaan tersebut turut disumbangkan oleh kerjasama penyelidikan bersama institusi bertaraf dunia termasuk Monash University Malaysia (mikrobiom dan pencegahan penyakit), Stanford University (gaya hidup dan kesejahteraan), serta National University of Singapore (kajian penuaan selular).

“Melalui pemakanan berasaskan tumbuhan, GUTPROtein, dan kini AmCELL™, Amway terus menyampaikan penyelesaian holistik yang membantu rakyat Malaysia merapatkan jurang antara jangka hayat dan jangka sihat. Peningkatan jangka hayat manusia turut menjadikan keutamaan kami untuk memastikan mereka menikmati tahun-tahun sihat juga, dengan menangani isu kesihatan mendesak seperti penyakit tidak berjangkit serta menghadapi cabaran penuaan dengan kekuatan, daya hidup dan ketahanan. Sempena ulang tahun ke-50 kami di Malaysia, misi kami tetap sama: memperkasa rakyat Malaysia untuk hidup dengan lebih baik, lebih sihat, dan lebih bermakna,” kata Pengurus Besar Amway Malaysia & Brunei, Jason Leng.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian kesihatan holistik Amway Malaysia, sila layari www.amway.my.