Dalam situasi yang tegang antara Ukraine dan Rusia, tentera Amerika Syarikat (AS) telah mewujudkan talian khas untuk berkomunikasi dengan tentera Rusia di Eropah Timur.
Talian komunikasi khas itu diwujudkan bagi mengelakkan berlakunya pertembungan yang tidak sengaja antara kedua-dua kuasa nuklear terbesar itu, jelas Pegawai Pertahan AS.
Tambahnya lagi, tindakan ni dipanggil sebagai garisan nyahkonflik. Ia untuk mengelakkan angkatan tentera kedua-dua negara ini, Amerika Syarikat dan Rusia daripada bertembung dan tertembak antara satu sama lain ketika menjalankan misi harian di Eropah Timur bermula 1 Mac lalu.
Kerana status kuasa besar dan nuklear yang dimiliki kedua-dua pihak, sebarang pertembungan berisiko mencetuskan konflik yang lebih besar.
Amerika Syarikat menempatkan angkatan tenteranya yang beroperasi di beberapa negara NATO di Eropah Timur. Manakala Rusia ketika ini menjalankan operasi ketenteraan di Ukraine.
Pertukaran nombor telefon
Amerika Syarikat mempunyai beberapa saluran untuk membincangkan tentang isu keselamatan kritikal dengan Rusia semasa situasi tegang ini. Talian komunikasi pada asasnya adalah pertukaran nombor telefon antara kedua-dua pihak. Ia membolehkan akses yang pantas bagi mengelak sebarang risiko kemalangan, katanya lagi.
Pusat Arahan Eropah AS di Stuttgart, Jerman akan menjadi penyelia talian ini bagi pihak Amerika Syarikat, manakala Rusia pula dijangka diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan di Moscow.
Tentera Amerika tidak akan menghantar pasukan tenteranya ke Ukraine untuk membantu negara itu berdepan dengan serangan Rusia, seperti ditegaskan oleh Joe Biden sebelum ini.
Menurut laporan, ini bukan kali pertama mereka mencipta mekanisme sedemikian. Tentera AS dan Rusia pernah melakukan perkara ini pada tahun 2015 lalu semasa pertempuran antara Rusia dan Syria. Pada masa itu, talian khas ini digunakan walaupun ianya berisiko tetapi terbukti berguna untuk mengelakkan kemalangan besar berlaku.
Memetik daripada laporan Time.com, operasi udara amat berbahaya kerana melibatkan kelajuan, tinggi dan jarak yang agak pendek. Ia boleh menyebabkan pertempuran boleh berlaku memandangkan pesawat Rusia beroperasi berhampiran kawasan di mana pangkalan tentera AS berada seperti di Romania, Poland dan Estonia.
BACA: Loji Nuklear Terbakar, Impak 10 Kali Chernobyl Jika Meletup
Sumber: Time.com